Suspek utama kes bunuh di Jalan Tun H.S Lee diburu

Dari Penulis

POLIS sedang giat mengesan dan mengenalpasti suspek utama terlibat dalam kematian seorang warga asing yang ditemui tidak sedarkan diri bersama dua lagi rakannya dalam kejadian Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur, hari ini.

Dua lagi mangsa juga warga asing cedera parah dan kini diberi rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pergaduhan di lokasi berkenaan kira-kira pukul 2.26 petang.

Katanya, siasatan di tempat kejadian menjumpai tiga lelaki warga asing berusia 30 tahun hingga 40 tahun dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang daripada lelaki berkenaan sudah meninggal dunia, manakala dua lagi yang mengalami cedera parah di bahagian badan dibawa ke HKL untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Noor Dellhan berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kemudian berjaya menangkap seorang lelaki warga asing berusia 52 tahun bagi membantu siasatan kes.

Katanya, suspek akan direman esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihaknya kini sedang giat mengesan dan mengenal pasti identiti suspek utama yang terbabit dalam kes bunuh ini. Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.

Sementara itu, Noor Dellhan memohon kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI kukuh kerana budaya ‘duduk semeja’ – Hannah Yeoh

AMALAN bekerjasama dan saling menghormati antara parti dalam Kerajaan MADANI menjadi faktor penting kepada kestabilan pentadbiran serta keupayaan kerajaan...

More Articles Like This