KECOH baru-baru ini satu klip video adegan seorang wanita memanjat ke atas bonet sebuah kereta berwarna merah di sebatang jalan di Thinh Dan Ward, Bandar Thai Nguyen, Vietnam.

Aksi itu tular selepas wanita itu dikatakan cuba membuktikan suaminya curang dengan wanita lain.

Menurut rakaman pada Jumaat lalu itu, wanita yang berpakaian gaun berona ungu itu berdiri di hadapan kereta suaminya dan meminta untuk turun dari kereta.

Bagaimanapun, lelaki tersebut enggan berganjak keluar dari kereta sehingga membuatkan wanita terbabit naik ke atas bonet kereta untuk mengambil gambar bukti rakaman bahawa suaminya bersama wanita lain.

Memetik laporan Vietnam Postsen , pihak berkuasa telah hadir ke tempat kejadian bagi meredakan keadaan.

Baca artikel berkaitan : Gaduh dengan pakwe, wanita nekad lompat motosikal

Malah wanita terbabit telah menyerahkan sijil pernikahan kepada pihak berkuasa bagi siasatan lanjut.

Menurut Ketua Komuniti Thin Dan Ward, kejadian terbabit berlaku berpunca kerana cemburu dan polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap kes terbabit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram