TIGA buah kepala treler musnah sama sekali dalam satu kebakaran di Persiaran Sultan Alauddin, Bandar Sultan Sulaiman di Pelabuhan Klang, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan empat buah treler itu pada pukul 3.39 pagi.

Katanya 3 daripada kepala treler itu terbakar hampir sebanyak 90 peratus manakala sebuah lagi terbakar sebanyak 20 peratus pada bahagian ekor.

“Sepasukan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bersama jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 13 minit kemudian dan mendapati kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Pekerja kilang cemas bas dinaiki terbakar sebelum bergerak sendiri

Beliau berkata, pihaknya telah melakukan pemadaman kebakaran sehingga tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang sebelum mengesahkan operasi tamat pada pukul 5.10 petang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram