Shamir menerima anugerah Transaksi My Debit Tertinggi daripada Ahmad Hizzad.

AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) terus mencatatkan kecemerlangan selepas merangkul Anugerah Pedagang MyDebit Terbaik dalam Anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran Malaysia (MEEA 2022), hari ini.

Anugerah yang diterima AIM itu adalah bagi kategori transaksi MyDebit tertinggi untuk sektor kerajaan.

AIM dalam kenyataan memaklumkan, agensi pembiayaan mikro kredit bagi golongan berpendapatan rendah (B40) itu dipilih sebagai pemenang mengatasi beberapa agensi lain atas kecemerlangan dalam pengurusan kewangan tanpa tunai.

Baca artikel berkaitan: AIM bantu mangsa banjir di Baling

Majlis Korban Perdana Amanah Ikhtiar Malaysia meriah

Katanya, pengurusan itu terutama dalam segmen pembayaran balik pinjaman mikro kredit oleh Sahabat Usahawan.

“Anugerah tersebut telah diterima Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz yang disampaikan Pengerusi Payments Network Malaysia (PayNet), Datuk Ahmad Hizzad sambil diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Paynet, Farhan Ahmad.

“Pengiktirafan itu adalah anugerah kelima diterima AIM semenjak agensi tersebut memperkenalkan transaksi MyDebit dalam pengurusan kewangannya beberapa tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram