Sedapnya ayam goreng 65 ni. Boleh dijadikan lauk atau diratahnya macam itu sahaja. Jom lihat cara menyediakan resipi dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:
2 ketul dada ayam – potong kecil
2 ulas bawang putih – tumbuk
1 inci halia – tumbuk
1 labu bawang merah – hiris
1 tangkai daun kari
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk perasa

1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar yogurt asli
Sedikit tepung beras
Sedikit pewarna merah
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Dada ayam dipotong kecil dan masukkan bawang putih, halia, serbuk cili, serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk perasa dan garam. Gaul rata dan perap selama 15 minit.
2.Kemudian masukkan tepung beras dan gaul sebati.
3.Goreng ayam dalam kuali. Apabila ayam hampir masak, masukkan daun kari dan bawang merah.
4.Apabila ayam sudah masak dan bawang sudah garing, angkat dan hidangkan.

@majalahsaji Sedapnya ayam goreng 65 ni. Makan ratah macam tu pun layan. #chicken65 #ayamgoreng #ayamgorengcrispy #ayam65 #fyp #majalahsaji #resipisaji #resipimudah ♬ Every Second – Mina Okabe

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram