Syed Saifullah didakwa buat komen jelik ke atas Najib, Rosmah 8 tahun lalu

Dari Penulis

SEORANG peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membuat serta menghantar komunikasi yang jelik terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, lapan tahun lepas.

Syed Ahmad Saifullah Hashim, 33, selaku orang kena saman (OKS) didakwa memuat naik satu kiriman berhubung ‘pesawat yang dinaiki isteri dan PM dalam perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas di Lautan Sumatera Selatan. Al-Fatihah” melalui aplikasi Facebook “Syed Saifullah”.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu dengan niat menyakitkan hati orang lain antara 2 dan 4 April 2014  dan hantaran itu kemudiannya dibaca pada 11.35 malam di sebuah premis, di Plaza Pekeliling Jalan Kampar, Off Jalan Ipoh, Sentul pada 4 April 2014.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya selain denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Baca: Penghantar makanan buat hantaran jelik hina Islam didenda RM50,000

Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan OKS tidak dibenarkan membuat sebarang hantaran di mana-mana media sosial berkaitan kes tersebut.

OKS yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dengan alasan dia menjaga ibu bapanya yang menghidapi penyakit kronik.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak membenarkan OKS diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta melarangnya membuat sebarang hantaran di mana-mana media sosial berkaitan kes itu sehingga kes selesai  dan menetapkan 15 Ogos untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bersatu dukacita dengan Pas tetapi tetap kekal dalam PN

BERSATU melahirkan rasa dukacita dengan Pas yang mengumumkan memberhentikan kerjasama politik dengan parti itu. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin...

More Articles Like This