SEORANG lelaki yang dilaporkan hilang hampir setahun lalu ditemui maut di dalam sungai berhampiran Jambatan Sungai Api-api, Pekan, Pahang tengah hari tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan sebuah kereta di dalam sungai pada pukul 12.16 tengah hari.
Sepasukan 15 anggota dari Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi serta Pekan telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan kereta yang telah terjunam ke dalam sungai.
“Seorang lelaki dewasa berada di dalam kereta dan hasil maklumat polis mendapati mangsa dikatakan telah hilang hampir setahun lalu berdasarkan rekod laporan keluarga mangsa,” kata kenyataan itu.
Mengulas lanjut, operasi menaikkan kereta terbabit turut dibantu oleh pihak polis termasuk dua buah jengkaut milik syarikat pembinaan di sekitar kawasan terbabit.
Jelasnya, mayat telah dikeluarkan daripada kereta menggunakan “hydraulic cutter” sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Baca artikel berkaitan : 3 kru selamat, 1 hilang dalam insiden kapal tangki karam di Sarawak
Sementara itu, menurut sebuah hantaran seorang pengguna Facebook, mangsa dikenali sebagai Iman Aqmar dilaporkan hilang tahun lalu ketika dalam perjalanan ke Terengganu dari Pasir Gudang, Johor.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram