DENGAN hanya sekali lafaz, penyanyi Lia Aziz yang popular menerusi lagu Kucu-Kuca, selamat bergelar isteri kepada pemain gitar kumpulan Treehill iaitu Arash Azimi Anuar pada pukul 9 pagi, hari ini.
Majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Al Amin, Puchong itu hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat sahaja.
Berkongsi khabar gembira itu, Lia atau nama sebenarnya Nur Aliah Farzana Abdul Aziz,19, terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 22 Januari lalu.

“Namamu ku rahsiakan dan telah terpatri di hati kucu kuca kucu kuca.
“Eh dah tak rahsia dah! Alhamdulillah, fasa baharu. Semuanya berjalan lancar dengan sekali lafaz.
“Saya sudah berkahwin dengan Arash,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, menerusi kenyatan media, Lia dan Arash mula berkenalan dua tahun lalu selepas bernaung dibawah syarikat rakaman yang sama iaitu Rusa Music.
Pasangan mempelai akan diraikan dalam majlis resepsi di Tropicana Golf & Country Resort pada malam ini.