Sedapnya gulai daging tetel ini. Makan panas-panas dengan nasi putih memang layan. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba yang sangat menyelerakan ini.

BAHAN-BAHAN:
500 ml santan
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar rempah kari daging
8 ulas bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
Sedikit garam
Minyak untuk menumis
Daun limau purut

BAHAN REBUSAN:
1 kg daging tetel
5 cm halia – ketuk
5 ulas bawang putih – titik
1000 ml air

BAHAN KISAR:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan bahan rebusan dan rebus se hingga empuk. Ketepikan.
2.Bahagikan santan kepada dua bahagian (250 ml). Satu bahagian satukan dengan air rebusan daging.
3.Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian masuk kan bahan kisar. Tumis lagi seketika.
4.Setelah tumisan garing dan wangi, masukkan rempah kari, sos cili dan sos tomato. Tumis sehingga terbit minyak.
5.Kemudian masukkan daging dan air rebusan daging serta daun limau purut. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
6.Akhir sekali, masukkan pula sebahagian lagi santan, tambahkan garam secukup rasa. Masak sehingga agak pekat.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram