santhara

AHLI Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. Edmund Santhara Kumar dilaporkan hanya mahu melepaskan jawatan sebagai Ketua Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Itu penjelasan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan seperti dipetik BH Online.

Menurut Wan Saiful, Santhara bukan mahu keluar daripada parti tersebut.

Kata beliau, perkara itu dimaklumkan sendiri Santhara kepadanya.

Wan Saiful berkata, hasrat dinyatakan Santhara itu semestinya akan dipertimbangkan pimpinan atasan parti sebaik-baiknya.

Baca artikel berkaitan: Bersatu tidak lemah jika Santhara keluar parti – Hamzah

“Saya baru bercakap dengannya (Santhara). Beliau menjelaskan hanya berhajat melepaskan jawatan sebagai Ketua Sayap Bersekutu.

“Itu kandungan surat yang beliau hantar. Bukan untuk keluar parti,” katanya.

Semalam, media melaporkan Santhara, yang menyertai Bersatu pada Ogos 2020 dan dilantik sebagai ketua sayap bersekutu parti itu tahun lepas, didakwa sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada Bersatu kepada Hamzah.

Sumber berkata, langkah itu diambil Santhara selepas beliau merasakan masa depannya sebagai Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin gelap.

Santhara ialah Ahli Parlimen bukan Bumiputera tunggal yang menjadi ahli bersekutu BERSATU pada Ogos 2020 dan dilantik sebagai Ketua Sayap Bersekutu parti itu pada September tahun lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram