WANITA kedua didakwa mirip Zalina Shaharah Azman atau Zalina Azman dijumpai di Sentul disahkan bukan bekas personaliti televisyen itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada orang awam yang mengatakan seorang wanita mirip Zalina telah ditemui di kawasan Jalan Haji Salleh, Sentul, semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, hasil semakan identiti melalui cap jari mendapati wanita berkenaan bukanlah orang hilang (OH) iaitu Zalina.

Malah, Mohd. Iqbal berkata, pengecaman oleh ahli keluarga juga didapati negatif.

“Polis Shah Alam telah membawa wanita berkenaan ke Jabatan Pendaftaran Negara (UTC Shah Alam) dan hasil semakan mendapati wanita tersebut bukanlah OH yang dicari.

“Polis mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk mencari OH ini.

Baca artikel berkaitan: Kali terakhir telefon bimbit Zalina aktif pada 20 November

“Sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Sabturia di talian 016-3375269,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini dua wanita dikatakan mirip Zalina Shaharah, telah ditemui masing-masing di Shah Alam dan Sentul pada Rabu dan Jumaat.

Individu yang didakwa dilihat di tiga lokasi di Seksyen 3, 9 dan 14, di sini disahkan seorang gelandangan manakala wanita yang ditemui di kawasan Jalan Haji Salleh, Sentul pada 6 petang pada Jumaat itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Polis percaya Zalina Shaharah, 58, masih berada di dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.

Pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan wanita itu daripada anaknya Mikhael Norman, 33, pada 29 Nov tahun lepas yang cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram