Sebahagian kaki judi ditahan dalam serbuan dekat Taman Bersatu, Kuala Kedah.FOTO FACEBOOK POLIS KEDAH


SEKUMPULAN 12 lelaki dan wanita yang sedang asyik bermain judi ‘Pok Deng’ bertempiaran lari apabila diserbu pegawai dan anggota polis dalam kejadian dekat Taman Bersatu, Kuala Kedah hari ini.


Polis Kedah dalam catatan di akaun Facebook kontinjen itu malam ini berkata, kesemua suspek terdiri daripada 10 lelaki lelaki dan 2 wanita itu ditahan anggota dan pegawai dari cawangan D7 IPK Kedah dan IPD Kota Setar.


Mereka dipercayai menjalankan aktivi perjudian itu di sebuah pondok tepi sawah berdekatan taman berkenaan sejak tiga bulan lalu.


Operasi turut dihadiri oleh Inspektor Azrul Muhamad.


“Kesemua tangkapan dan rampasan berupa peralatan judi dan wang tunai dibawa balik ke IPD Kota Setar untuk siasatan lanjut.


“Kes disiasat dibawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” tambah kenyataan itu.


Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum denda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.