Sedapnya sambal pedal dan paru ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi yang menyelerakan ini. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:
300 gm paru – rebus
100 gm pedal ayam
80 gm ikan bilis – goreng
10 tangkai cili padi hijau – hiris kasar
10 tangkai cili padi merah – hiris kasar
1 labu bawang besar – potong dadu
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu besar jus limau nipis
1 biji tomato – potong dadu
Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR:
3 tangkai cili padi merah
3 tangkai cili merah
4 cm belacan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKAN:
1.Paru dan pedal ayam dipotong dadu. Kemudian goreng dan ketepikan.
2.Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan paru dan pedal ayam. Gaulkan rata.
3.Masukkan cili padi hijau, cili padi merah, bawang besar dan tomato. Tuangkan sedikit air asam jawa dan jus limau nipis. Masak seketika sehingga kering.
4.Setelah ke semua bahan sebati, barulah gaulkan dengan ikan bilis goreng.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram