SPRM akan panggil semua tersenarai dalam buku lejar UKSB

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semua nama yang disebutkan dalam buku lejar Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) seperti yang disebutkan dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia susulan beberapa aduan terhadap individu yang tersenarai dalam buku lejar berkenaan.

Kata beliau, siasatan akan menentukan sama ada pemberian atau penerimaan wang tersebut adalah berunsur rasuah atau pun tidak.

“SPRM telah menerima beberapa aduan terhadap individu yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukakan di mahkamah baru-baru ini.

“SPRM akan memanggil semua nama yang disebutkan dalam lejar berkenaan,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Beliau memberikan jawapan tersebut kepada soalan diajukan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang meminta penjelasan mengapa SPRM tidak menyiasat penama-penama yang dikaitkan menerima wang dariapda UKSB.

Poay Tiong turut bertanyakan status terkini siasatan terhadap penama-penama tersebut.

Baca artikel berkaitan: ‘Monster’, ‘young boy’ dalam lejar UKSB merujuk kepada Ahmad Zahid – Saksi

Baru-baru ini, Bekas pengurus pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun, 47, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid , ketika lejar syarikat tersebut dirujuk kepadanya semasa perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu berhubung projek Visa Luar Negara (VLN).

SPRM dalam kenyataan pula memaklumkan akan membuka kertas siasatan terhadap penama yang dikatakan menerima wang dan mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit yang tersenarai dalam lejar berkenaan.

Antara nama yang dikatakan tersenarai dalam buku lejar berkenaan adalah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Bagaimanapun, Khairy, Muhyiddin, Anifah dan Hishammuddin telah tampil membuat penafian menyangkal dakwaan saksi tersebut.

Buku faraid UKSB yang juga dikenali sebagai Buku 555 di dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid, adalah lejar yang mencatatkan bayaran yang dibuat oleh UKSB kepada beberapa individu antara 2014 dan 2018.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kenyataan MB Johor mengenai DAP: ‘Tak perlu mana-mana pihak terlalu melatah’

MANA-MANA pihak diingatkan tidak perlu terlalu melatah atau keterlaluan dalam mengkritik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

More Articles Like This