Tangkap layar rakaman pemandu lori samseng yang mengugut seorang lagi pemandu lori dengan menggunakan sebilah pisau.

SEORANG pemandu lori samseng ditangkap selepas mengugut seorang lagi pemandu lori dalam satu kejadian di Jalan Parang, Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 30-an pada pukul 5.15 petang.

Beliau berkata, semasa sedang memandu lori, mangsa telah dipintas dan ditahan oleh suspek berbangsa Melayu.

“Suspek telah turun dari lori dengan membawa sebilah pisau lalu mengugut mangsa dengan kata-kata ‘Kau tak kenal siapa aku, kau tunggu aku cari kau’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, suspek berusia 40-an itu telah ditahan pada pukul 12.25 tengah malam tadi untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah.

@utusantvofficial

Zaman sekarang tukang rakam ramai. Kejadian di Jalan Parang, Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang semalam. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Baca artikel berkaitan : Polis buru pemandu Myvi samseng

Jelasnya, suspek telah dibenarkan reman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Klang.

Ujarnya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau melibatkan kes curi motosikal.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram