Ubah MA63 ibarat membelakangkan Persekutuan Malaysia, kata Maximus Ongkili

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

“TIADA siapa yang harus mengubah perjanjian asas yang membawa kepada pembentukan Malaysia,” tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Penegasan itu dilakukan terhadap cadangan mengadakan perjanjian baharu bagi menggantikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Jelas beliau, cadangan untuk mengubah MA63 itu merupakan pandangan yang terpesong daripada perjuangan nasionalisme negara.

“Sekiranya MA63 diabaikan, ia bermakna membelakangkan Persekutuan Malaysia.

“MA63 adalah dokumen ‘suci’ dan asas pembentukan Persekutuan Malaysia, yang bermaksud jika tiada MA63, tiadalah Malaysia,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri.

Baca artikel berkaitan: Cadangan perjanjian baharu ganti MA63 antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) mengenai pandangan kerajaan terhadap cadangan beberapa ahli politik termasuk Ahli Parlimen Keningau berhubung keperluan perjanjian baharu bagi menggantikan MA63 dan implikasinya kepada Wilayah Sabah dan Sarawak.

Mengulas lanjut, Maximus berkata, MA63 amat penting kerana ia adalah rujukan dan asas untuk membincangkan isu-isu yang dapat memberi manfaat kepada Sabah dan Sarawak.

Jelas beliau, tumpuan harus diberikan kepada perkara seperti sama ada perkara yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia telah dipatuhi atau tidak.

“Semua perlu bersatu padu membina keamanan dan perpaduan di negara ini serta mengelak daripada bermain dengan semantik dan politik yang boleh mengganggu gugat kesatuan Keluarga Malaysia,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu berhemah bakal nikmati premium insurans lebih rendah menerusi Cermat MADANI

PEMANDU yang mempunyai rekod pemanduan baik dan mematuhi undang-undang jalan raya berpeluang menikmati premium insurans kenderaan lebih rendah sehingga...

More Articles Like This