Rogol pembantu rumah: ADUN Tronoh Paul Yong dihukum penjara 13 tahun, 2 sebatan

Dari Penulis

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong didapati bersalah atas tuduhan merogol pembantu rumahnya seorang warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu pagi ini dan kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan ke atas tertuduh.

Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan kerana berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Yong, memakai kemeja putih, berada di kandang tertuduh kelihatan tenang ketika penghakiman itu dibacakan oleh Abdul Wahab, lapor Bernama.

@utusantvofficial

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu pagi ini | 27 JUL 2022 | Bernama. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

BERITA BERKAITAN ADUN Tronoh diperintah bela diri tuduhan rogol pembantu rumah

Pertuduhan terhadap Paul Yong dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pada 31 Mac 2022, pasukan pembelaan diketuai peguam Datuk Rajpal Singh bersama Salim Bashir menutup kesnya selepas memanggil tiga saksi iaitu Yong, 52, dan isteri, Too Choon Looi, 46, serta bapa saudara kepada pembantu rumah itu.

Yong didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park antara 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Mahkamah Tinggi sebelum ini, memerintahkan Yong membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This