POLIS mengesahkan kenderaan pengiring yang bertindak memotong garisan berkembar di Jalan Gua Musang – Kota Bharu di bawah arahan bertugas.
Kejadian terbabit berlaku sewaktu polis pengiring sedang mengiringi dua trak tunda dan sebuah pikap.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kenderaan polis juga telah memberi amaran dan peringatan dengan membunyikan siren serta lampu kecemasan kepada pengguna jalan raya.
Beliau berkata, pengguna jalan raya perlu memberi kerjasama dengan memberi laluan bagi megelakkan daripada berlaku kemalangan.
“Sebenarnya berlaku kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
“Kenderaan pengiring ada peraturan dan mereka tidak boleh berhenti sewenang-wenangnya kerana sudah memberi siren dan amaran kepada pengguna jalan raya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Jelasnya, kejadian terbabit adalah mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967 iaitu tugas di jalan awam.
@utusantvofficial Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kenderaan polis juga telah memberi amaran dan peringatan dengan membunyikan siren serta lampu kecemasan kepada pengguna jalan raya. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp
♬ Body – Russ Millions & Tion Wayne
Baca artikel berkaitan : PM keluar kereta bantu polis pengiring terlibat kemalangan
Terdahulu, tular sebuah klip video yang memaparkan kenderaan pengiring polis telah memotong di garisan berkembar.
Malah, menerusi video terbabit turut memaparkan pengguna jalan raya nyaris berlaku kemalangan susulan tindakan kenderaan polis pengiring itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

