POLIS telah membuka satu kertas siasatan berhubung seorang kanak-kanak autisme dipulas kedua-dua cuping telinga sehinga lebam oleh seorang guru.
Kejadian berlaku di sebuah sekolah pendidikan khas dekat Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, kejadian terbabit disyaki berlaku pada pukul 9.30 pagi, 19 Julai lalu ketika mangsa sedang berada di dalam kelas.
Katanya, kejadian terbabit dikesan menerusi satu hantaran pengguna media sosial.
Menurut hantaran terbabit, mangsa seorang kanak-kanak perempuan telah cedera di bahagian telinga kerana didera oleh seorang guru.
Susulan itu, ibu mangsa telah membuat laporan polis pada hari kejadian terbabit.
Mengulas lanjut, hasil siasatan mendapati mangsa telah bertindak agresif sehingga menyebabkan beberapa murid yang berada di dalam kelas ketakutan dan menangis.
“Suspek seorang guru wanita berusia 30-an telah datang dan memegang kedua-dua telinga mangsa bagi menenangkan diri mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Kejam! Kanak-kanak berusia 4 tahun didera guna penyangkut baju, penyapu dan pencucuh api
Jelasnya, akibat perbuatan suspek itu, mangsa telah mengalami lebam dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam bagi rawatan lanjut.
Sehubungan itu, pihak polis kini membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Cheng San turut menasihatkan orang ramai untuk tidak menularkan perkara tersebut sehingga menyebabkan kekeliruan dan kegelisahan masyarakat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram