nasihat seorang budak
Sekadar gambar hiasan

Suatu hari ketika al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan,

“Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti.”

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya,

“Wahai tuan, siapakah nama tuan?”

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab,

“Namaku Nu’man”

“Oh! rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam (Imam yang sangat hebat) itu?” budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab,

“Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya.”

Seraya mendengar jawapan Nu’man, lantas budak itu pun menjawab,

“Wahai Imam! janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu. Aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah Taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga.”

Menangis al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.

Allahu, hari ini berapa ramai yang tewas dengan ujian harta dan jawatan. Baru diberikan sedikit kemewahan harta dari Allah sudah mula berasa ujub dan bangga.  Habis semua ditayangnya di sosial media untuk menunjukkan betapa kaya dan berjayanya dia seperti sedang memegang pintu syurga. Sedangkan itulah selangkah kakinya sudah menjejak neraka. Dan itulah sebenarnya ujian dunia.

Begitu pun semoga kita juga dapat mengambil pengajaran dari kisah ini. Walaupun kaya dan tingginya jawatan serta gelaran yang diperoleh oleh seseorang itu, ingatlah semua itu hanyalah sekadar ujian sahaja. Jangan kerana kekayaan, gelaran atau jawatan yang ada menyebabkan kita tergelincir ke dalam api neraka. Wallahu a’lam

_______________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare