Pasukan khas permudah laluan kanak-kanak lepasan institusi JKM diwujud – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SATU pasukan khas akan diwujudkan bagi menyediakan laluan khas kepada kanak-kanak lepasan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melanjutkan pelajaran.

Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Sosial Negara (MSN) 2022, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, pasukan khas itu akan disertai agensi-agensi kerajaan bagi menyediakan laluan khas kepada kanak-kanak lepasan institusi JKM melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran mahu pun akademik.

Perdana Menteri berkata, kerajaan amat mengambil berat tentang soal pemerkasaan kanak-kanak lepasan JKM bagi menjamin masa depan golongan itu.

“Mereka yang berusia 18 tahun lazimnya tidak lagi ditanggung JKM menyebabkan ada dalam kalangan mereka tercicir.

“Pada masa sama, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan bertanggungjawab menyediakan dana pendidikan dan dana penempatan serta laluan kerjaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Lulus kelas pertama: Kerajaan beri semula pengecualian bayaran PTPTN – PM

Mesyuarat pertama MSN 2022 itu telah dihadiri menteri-menteri kanan, menteri dan timbalan menteri berkaitan serta pegawai-pegawai kanan kementerian, jabatan dan agensi terlibat.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) juga akan menjadi penjamin bagi membantu kanak-kanak lepasan institusi yang tiada dokumen dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara.

“Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) berperanan dalam menyediakan latihan serta peluang pekerjaan selepas mereka tamat pengajian.

“Kesemua bantuan ini akan diselaraskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bersatu dukacita dengan Pas tetapi tetap kekal dalam PN

BERSATU melahirkan rasa dukacita dengan Pas yang mengumumkan memberhentikan kerjasama politik dengan parti itu. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin...

More Articles Like This