Selepas Selangor dan KL, penceramah disyaki rogol ada kes pula di Perak

Dari Penulis

PENCERAMAH bebas yang disyaki merogol seorang remaja berumur 14 tahun diserahkan kepada polis Kontinjen Perak semalam, untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata ini susulan tempoh reman terhadap lelaki berusia lingkungan 30 an itu tamat semalam.

“Individu itu telah dihantar ke Perak atas keperluan siasatan lanjut kes di sana dan kita akan melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam minggu ini,” katanya pada sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Kuala Lumpur di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur hari ini.

Istiadat penganugerahan itu disempurnakan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Baca: Kertas siasatan penceramah bebas rogol remaja dihantar esok

Rogol remaja 14 tahun, penceramah bebas ditahan polis

Pada 18 Julai lepas, penceramah bebas itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 4.50 petang dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Berdasarkan siasatan awal, perkenalan antara suspek dan remaja bawah umur itu dipercayai bermula apabila mangsa menghubungi lelaki terbabit di media sosial bagi bertanyakan masalah agama sebelum hubungan terjalin sejak Mei tahun lepas.

Setakat ini terdapat empat laporan polis membabitkan individu itu iaitu dua di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This