Pengerusi BN Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad disifatkan sebagai contoh sikap negarawan sejati.

BARISAN Nasional (BN) Johor akan tewas sekiranya masih menggunakan formula ‘kerusi tradisi’ dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, BN Johor perlu menggunakan pendekatan baharu yang lebih komprehensif sekiranya mahu mengulangi kemenangan dengan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, hal itu kerana terdapat kawasan yang tidak lagi menjadi ‘simpanan tetap’ gabungan tersebut.

“Antaranya seperti di Johor Timur iaitu Parlimen Pengerang, Kota Tinggi, Tenggara dan Mersing.

“Saya tidak menolak terdapat kemungkinan-kemungkinan di sesetengah kerusi cabaran bertanding adalah lebih berbanding tempat lain.

“Menjelang PRU-15 ini kita tidak boleh mengambil mudah setiap kerusi yang dipertandingkan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Baca artikel berkaitan: Hasni sah bertanding kerusi Parlimen dalam PRU-15

Mengulas lanjut, Hasni berkata, kaedah berbeza perlu digunakan setiap bahagian BN Johor terutama melibatkan pembahagian kerusi dalam menarik sokongan rakyat.

Jelas beliau, pucuk pimpinan BN sudah memaklumkan gabungan tersebut sudah boleh berbincang mengenai pengagihan 26 kerusi Parlimen di Johor.

Katanya, pengagihan itu akan mengikut parti-parti dalam BN seperti UMNO, MCA dan MIC.

”Itu kita kena putuskan dahulu dan ketika ini ia masih di peringkat perbincangan. Jentera BN perlu digerakkan dalam masa terdekat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram