Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Kongres Nasional Keadilan ke-16 di Shah Alam, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Orang-orang yang bersekongkol dalam komplot khianat ini, dan ‘katak-katak’… Orang yang melompat pun turut mengundi, jadi ia perkara yang agak lucu tapi menyenangkan, Alhamdulillah.”

Demikian reaksi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kelulusan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 di Dewan Rakyat semalam.

Menurut beliau, keputusan majoriti dua pertiga terhadap RUU itu jelas memberikan kemenangan buat rakyat.

”RUU Antilompat Parti ini atau istilah tepatnya antikhianat, antibelot, antimenipu rakyat telah diluluskan.

”Bila kita pilih, kita yakin insyaAllah, tidak lagi belot kerana ugutan, takut dengan ugutan, atau wang ringgit atau kedudukan, alhamdulillah,” katanya menerusi perkongsian di Facebook hari ini.

Baca artikel berkaitan: “PH keliru apa dasar mereka” – Shahril pertikai Anwar mampu turunkan harga barang

Semalam, terpahat dalam sejarah Parlimen negara apabila RUU untuk bacaan kali kedua itu diluluskan secara sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen sama ada blok kerajaan, pembangkang mahu pun Bebas.

Keseluruhannya 209 Ahli Parlimen yang hadir pada proses pengundian RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dan kesemua mereka menyokong usul tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram