MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan Roslan Ariffin telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Menurut Annuar, pelantikan Roslan itu bagi menggantikan Datuk Mokhtar Hussain yang tamat tempoh kontrak pada 19 Februari lalu.

“Roslan yang memangku jawatan CEO sejak 21 Mac 2022, merupakan graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda bidang Komunikasi.

“Beliau telah memulakan karier di Bernama sebagai wartawan pada tahun 1990 dan berpengalaman luas serta pernah menggalas tanggungjawab penting.

“Antaranya sebagai Ketua Biro, Ketua Program BERNAMA TV, Eksekutif Editor dan Ketua Penyiaran (TV dan Radio), sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perniagaan dan Kewangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Prinsip bebas, telus Bernama diharap suburkan pemahaman rakyat – PM

Mengulas lanjut, Annuar berkata, Roslan juga pernah berkhidmat di Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) selama empat tahun bermula pada 2008 hingga 2021.

Jelas Annuar, beliau yakin dengan kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh Roslan.

“Pelantikan ini akan terus memacu kecemerlangan dan memberi suntikan baharu kepada Bernama khususnya dalam menerajui perkembangan industri kewartawanan di negara ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram