Tak dapat tangguh, kes SRC Najib tetap jalan bulan depan

Dari Penulis

USAHA terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap kes rasuah membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta akan diteruskan bulan depan di Mahkamah Persekutuan, seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah Zahara Wan Yusoff dan Siti Hajar Mustaffa.

Selasa lepas dilaporkan Najib telah memberhentikan dengan serta-merta Tetuan Shafee & Co daripada bertindak sebagai peguam yang mewakilinya dalam rayuan-rayuan jenayah membabitkan dana SRC International.

Beliau kemudian melantik peguam Hisyam Teh Poh Teik dari Tetuan Hisyam sebagai peguam utamanya, manakala  Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam dari Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners  sebagai peguam baharunya.

Pada Mei lepas, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan akhir Ahli Parlimen Pekan itu bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Baca: Kes SRC: Hisyam Teh Poh Teik dilantik peguam utama Najib

Kes SRC: Tetuan Shafee & Co diberhentikan daripada wakili Najib, ZIST dilantik peguam baharu

Mohd Ashrof berkata mahkamah menolak permohonan pasukan pembelaan baharu Najib untuk menangguhkan prosiding rayuan itu yang dijadualkan selama 10 hari mulai 15 Ogos.

Beliau berkata mahkamah juga mengarahkan supaya prosiding rayuan utama dijalankan secara fizikal dan kedua-dua pihak perlu menyenaraikan semua rujukan kepada rekod rayuan bagi memastikan prosiding di Mahkamah Persekutuan berjalan lancar.

“Hari ini pengurusan kes bagi permohonan bukti baharu yang difailkan oleh peguam Najib sebelum ini daripada Shafee & Co. Kemudian, pindaan kepada usul tersebut untuk bukti baharu.

“Kemudian isu pertukaran peguam untuk rayuan utama. Mahkamah Persekutuan telah memaklumkan bahawa tarikh yang ditetapkan dari 15 hingga 26 Ogos dikekalkan. Permohonan bukti baharu akan didengar juga pada 15 Ogos bersama-sama rayuan utama,” katanya.

Usul untuk bukti baharu merujuk kepada permohonan Najib pada 7 Jun, untuk mengemukakan bukti lanjut kepada Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan keseluruhan perbicaraan, atas dakwaan hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali ada kaitan dengan kes melibatkan bekas perdana menteri itu.

Berita lanjut menyusul.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Anda tak nak duduk semeja dengan DAP, teruskan keangkuhan kamu’ – Loke

DAP menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama dengannya jika diberi mandat semula membentuk kerajaan negeri pada...

More Articles Like This