PRU-15: Lebih kurang halal soal agihan kerusi PN, kata Muhyiddin

Dari Penulis

“Lebih, kurang halal. Maknanya bertolak ansur. Tapi kalau dapat diselesaikan. Jentera parti kita di peringkat bawah tahu ini Pas punya. Pas punya tak apa, bantu.”

Itu reaksi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila ditanya soal persediaan untuk pengagihan kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, PN akan menyelesaikan agihan kerusi melibatkan parti gabungannya secara bertolak ansur dan diselesaikan secepat mungkin.

Jelas beliau, langkah itu bagi membolehkan jentera parti memulakan gerak kerja lebih awal dalam menghadapi PRU-15.

“Kita telah buat keputusan dalam mesyuarat PN lalu yang turut dihadiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Kita tak nak berlengah, kita nak duduk, runding dan selesaikan pembahagian kerusi seluruh negara, Parlimen dan negeri-negeri yang akan kita hadapi pada masa hadapan (PRU15). Tak susah,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Baca artikel berkaitan: Kejayaan, pembaharuan Muhyiddin banyak ‘di terlepas pandang’ – Azhar

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kesemua parti dalam PN perlu saling bantu-membantu di kawasan masing-masing agar dapat mencapai kemenangan dalam PRU-15.

Tegas beliau, objektif PN bukan sahaja untuk menang di peringkat negeri malah untuk turut menang di peringkat pusat.

“Ada satu beban tugas besar nak menguruskan pilihan raya bukan saja kita mahu Terengganu menang, Kelantan menang, Kedah menang. Yang sudah menang, kekal menang.

“Tugas penting untuk menyelamatkan negara bukan untuk Terengganu, Kedah dan Kelantan sahaja. Nak menyematkan negara, nak menyelamatkan seluruh Malaysia.

“Untuk itu kita perlu bentuk kerajaan pusat, kita mahu supaya dapat menang dengan membentuk kerajaan Persekutuan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bersatu dukacita dengan Pas tetapi tetap kekal dalam PN

BERSATU melahirkan rasa dukacita dengan Pas yang mengumumkan memberhentikan kerjasama politik dengan parti itu. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin...

More Articles Like This