PENDUDUK Desa Pengadang dekat Kalimatan Barat digemparkan dengan penemuan objek besar didakwa serpihan milik roket China yang jatuh pada 11.30 malam kelmarin.
Menurut penduduk yang dikenali sebagai Yulius Talib, dia mengakui terdengar bunyi yang kuat, tetapi menyangkakan ia guruh di langit kerana hujan.
Namun, apabila Yulius ke kebun keesokan harinya, dia telah menemui serpihan asing yang dipercayai jatuh dari ruang angkasa.
“Saya terkejut melihat serpihan asing di tengah kebuh sawit. Pemerhatian saya mendapati terdapat nombor 84,31,75 dan 5W yang berada di dalam keadaan terpisah,” katanya.
Pihak berkuasa Indonesia kini sedang menyiasat kes itu dan video penemuan serpihan tersebut mula tular hari ini.
Malah anggota polis turut di tempatkan di kawasan kejadian bagi mengalang penduduk mengalihkan objek itu.
@utusantvofficial Lokasi di Desa Pengadang dekat Kalimatan Barat, kira-kira 130KM dari Kuching, Sarawak. #fyp #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia
♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV
Baca artikel berkaitan : Serpihan roket milik China lintas ruang udara Malaysia
Sementara itu, satu serpihan kecil turut dilaporkan ditemui di kawasan Batu Niah, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner C. Alexson Naga mengesahkan telah menerima laporan dari seorang penduduk mengenai penemuan serpihan logam yang disyaki daripada komponen roket milik negara China.
Tinjauan mendapati serpihan logam telah terbenam ke dalam tanah sedalam kira-kira satu meter di kawasan rumah salah seorang penduduk.
“Bagaimanapun, polis tidak dapat mengesahkan asal usul logam tersebut dan telah meminta bantuan dari pasukan HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak MOSTI untuk menganalisa tempat kejadian,” katanya.
Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan berita yang tidak benar sehingga boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

