semakin Ramai pemimpin takbur
Sekadar gambar hiasan

Daripada Huzaifah r.a. sabda Rasulullah s.a.w.  

“Zaman kenabian itu berada di kalangan kalian selama mana menurut kehendak Allah. Allah mengangkatnya apabila dia hendak mengangkatnya. Kemudian zaman khilafah yang berada di atas jalan kenabian, berada di kalangan kalian selama mana menurut kehendak Allah. Allah mengangkatnya apabila dia hendak mengangkatnya.

Kemudian zaman pemerintahan yang menggigit berada di kalangan kalian selama mana menurut kehendak Allah. Allah mengangkatnya apabila dia hendak mengangkatnya. Kemudian zaman khilafah yang berada di atas jalan kenabian berada di kalangan kalian selama mana menurut kehendak Allah. Allah mengangkatnya apabila dia hendak mengangkatnya. Kemudian Baginda s.a.w. pun diam. (HR imam Ahmad)”

Berapa lama fasa masa keempat ini berlangsung sebelum dunia berganjak ke fasa lima? Adakah kita di hujung fasa masa keempat bererti semakin hampir menghampiri hari kiamat yang digeruni oleh semua?

Persoalan itu al Islam ajukan kepada Pensyarah Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Mohd Khafidz Soroni. Jelasnya, jika diteliti pada hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. melalui riwayat Imam Ahmad itu, Baginda tidak menyebut secara jelas tempoh masa bagi satu-satu fasa masa yang akan berlaku.

Apabila ianya berlalu baru ulama dapat pastikan tempoh masa itu seperti fasa masa pertama yang berlangsung selama 23 tahun. Kemudian 30 tahun zaman empat khalifah Islam yang memerintah iaitu khalifah Abu Bakar as-Sidiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.

Setelah zaman khalifah berlalu, berlangsung pula zaman ketiga iaitu yang disebut oleh Baginda s.a.w. sebagai kerajaan menggigit iaitu terdiri dari tiga kerajaan besar terdiri daripada kerajaan Umaiyyah, Abasiyah dan Uthmaniah. Ia berlangsung selama  1262 tahun.

Artikel berkaitan: amaran rasulullah s.a.w. ini sebab mengapa kita perlu waspada hidup dalam fasa empat ketika ini

Mengenai persoalan adakah kita terlalu hampir dengan hari kiamat, Mohd Khafidz memberitahu persoalan itu tiada jawapan, bahkan ulama sendiri tidak pernah membincangkan tentang berapa lama fasa masa keempat ini berlangsung.

Hadis tersebut pula tidak banyak perbahasan dari ulama mengenainya. Ulama tidak membincangkannya kerana perkara yang mendatang, kebanyakan mereka tidak nampak. Setelah berlaku baru mereka dapat mengulasnya. Namun apa yang kita dapat fahami adalah sekarang memang kita sedang menghadapi fasa masa keempat.

Kemungkinan hari pembalasan itu sudah dekat berdasarkan kepada hadis-hadis yang disebut oleh Baginda s.a.w. mengenai tanda-tanda hari kiamat yang sebahagiannya telah berlaku, tetapi harus diingat juga fasa masa keempat ini kita sendiri tidak tahu akan berlangsung selama mana sehingga belum terjadi turunnya Imam Mahdi dan nabi Isa a.s. boleh kita katakan, hari kiamat itu ‘dekat tapi jauh’.

Ramai pemerintah takbur

Mengenai fasa masa ini,  dapat kita perhatikan pemerintah yang ada berbentuk takbur, ditaktor dan pelbagai penindasan berlaku, tidak kira dalam bentuk zahir mahupun batin. Tegas Mohd Khafidz lagi, Rasulullah s.a.w. menyebut pemerintahan berbentuk takabbur kerana pemerintah negara Islam sangat sombong dan tidak mahu bersatu sesama sendiri bagi menguatkan Islam. Bermula kejatuhan kerajaan Uthmaniah, kebanyakan negara-negara Islam mula dijajah oleh kuasa barat yang jelas mengambil kesempatan ke atas kelemahan orang Islam.

Maka, dapat kita lihat Malaysia suatu ketika dahulu pernah dijajah oleh British, Indonesia pula Belanda datang menjajah, Mesir ketika itu dijajah oleh Perancis dan Palestin dijajah oleh British sebelum diserahkan kepada Israel.

Artikel berkaitan: Dasyatnya fasa mulkan jabriyyah semakin bertambah tahun semakin hampir kita dengan kiamat

Sewaktu dijajah, umat Islam hidup dalam keadaan terseksa dan pengalaman itu memeritkan semua rakyat yang menghadapinya. Kerajaan ditaktor mula menunjukan taring dengan berlaku penindasan demi penindasan bagi menyeksa umat Islam. Bermula era itu, umat Islam dicengkam oleh kerajaan kuku besi.

Walaupun umat Islam berjaya bebas dari penjajah namun mereka tetap tidak mahu bersatu menentang kuasa besar

Ia tidak berakhir di situ sahaja, Rasulullah s.a.w. memaksudkan ‘mulkan jabriyyah’ itu juga sebagai kerajaan yang takbur. Takbur dek kerana sikap pemimpin orang Islam sendiri yang sombong tidak mahu bersatu sesama sendiri sejak hari dijajah hingga ke hari ini.

Selepas negara-negara Islam ini bebas dari penjajajahan barat, mereka masih tidak mahu bersatu bagi menentang kuasa besar itu. Walhal jika semua umat Islam bergabung dan bekerjasama, mungkin kuasa barat dapat dilumpuhkan.

Kesannya, sehingga ke hari ini Israel masih lagi menguasai Palestin meskipun di sekitarnya atau kerajaan Islam di seluruh dunia mula berkembang. Akan tetapi tiada yang menghulurkan bantuan dan masing-masing ambil sikap ‘lepas tangan’ dan ‘buat-buat tidak nampak’ tanda tidak peduli dengan apa yang berlaku.

Disebabkan itu, ulama menukilkan maksud fasa masa keempat ‘mulkan jabriyyah’ oleh Rasulullah s.a.w. itu adalah dari orang bukan Islam dan juga orang Islam sendiri. Pertelingkahan sesama sendiri juga menunjukkan konsep kerajaan yang takabbur, ditaktor, serta kuku besi itu sedang berleluasa dalam kalangan pimpinan orang Islam sendiri dan ia juga boleh boleh jadi dari provokasi orang bukan Islam. Kedua-dua itu bertepatan dengan hadis yang disabdakan oleh Baginda s.a.w.

Oleh hal demikian, Mohd Khafidz menjelaskan bukan mudah untuk kita semua hadapi fasa masa keempat ini. Umat Islam seperti ‘spring’, yang ditekan serapat-rapatnya, walau bagaimanapun akan sampai satu masa yang ‘spring’ itu akan ‘naik’ kembali iaitu pada kemuncaknya Islam kembali gemilang.

Saat itu dapat disaksikan selepas kemunculan Imam Mahdi dan turunnya nabi Isa a.s. iaitu pada penghujung fasa masa keempat sebelum mereka berdua memimpin umat manusia mengharungi fasa masa kelima. Wallahu a’lam

___________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare