penyakit wahan serang muslim

Akibat ditekan, dihimpit, ditindas dan dianiaya Islam dilihat terlalu sukar untuk menapak dan bergerak bebas. Desakan demi desakan orang Islam terima sehingga setiap perkara dilakukan jika tersalah, pasti Islam dipersalahkan terlebih dahulu. Disebabkan itu, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,

“Islam datang dalam keadaan yang asing, akan kembali pula dalam keadaan asing. Sungguh beruntungnlah orang yang asing” (HR. Muslim).

Islam kembali asing! Pensyarah Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Mohd Khafidz Soroni memberitahu, Al Qadhi ‘Iyadh menyebutkan makna hadis di atas sebagaimana disebutkan oleh Imam Nawawi,

“Islam dimulai dari segelintir orang dari sedikitnya manusia. Lalu Islam menyebar dan menampakkan kebesarannya. Kemudian keadaannya akan surut. Sampai Islam berada di tengah keterasingan kembali, berada pada segelintir orang dari sedikitnya manusia pula sebagaimana awalnya.” (Syarah Shahih Muslim).

Ia disebut ‘gharib’ kerana pengikutnya sedikit dan maksud asal dari kata ‘gharib’ adalah jauh dari negeri. Manakala maksud kembali dalam keadaan asing kerana sedikit yang mahu menjalankan dan saling menyokong dalam menjalankan syariat Islam padahal umatnya ramai.

‘Mulkan Jabriyyah’ yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. itu berkait rapat dengan semua perkara ini. Pemimpin yang ada samada dari kalangan orang Islam sendiri atau orang bukan Islam mengamalkan pemerintahan kuku besi dan rakyatnya pula semakin tertekan serta semakin jauh dari Islam.

Ia bertepatan dengan hadis Baginda s.a.w.

Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan” Berkata seorang sahabat, “Adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?” Nabi menjawab, “Tidak! sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih di lautan. Allah mencabutkan rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu.” Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah itu wahan?” Bersabda nabi, “Cintakan dunia dan takutkan mati “. (HR Abu Daud).

Artikel berkaitan: semakin ramai pemimpin bersikap takbur dan diktator bukti masanya semakin hampir

Berhubung dengan hadis ini, Syeikh Said Hawa dalam al-Madkhal Ila Dakwah al-Ikhwan Al-Muslimin berkata,

“Sejak runtuhnya kerajaan Uthmaniah di Turki, umat Islam menjadi seperti yang disebutkan oleh hadis ini. Inilah penyakit yang menyerang umat Islam pada hari ini. Umat kehilangan kekuatan sehingga menjadi ringan dan terus hanyut di bawa arus. Bagaimanakah cara bagi menghentikan keadaan ini? Kita sebenarnya bertanggungjawab menerapkan nilai kebenaran pada umat dan seterusnya memproses umat ini sehingga mereka mempunyai nilai-nilai Islam yang kukuh, yang memampukan mereka melahirkan arus mereka sendiri.”

Walhal kekuatan umat Islam adalah dari segi kekuatan rohaninya. Semangat jihad yang Islam bawa mampu mendatangkan gerun dalam diri musuh-musuh Islam. Sejarah telah membuktikan bagaimana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat ketika menegakkan Islam suatu ketika dahulu menggunakan kuasa jihad pergi berperang dengan orang kafir. Walaupun jumlah umat Islam ketika itu sedikit, tetapi mereka berjaya tumbangkan tentra kuffar sebagaimana yang berlaku dalam perang Badar.

Sikap terlalu cintakan dunia menyebabkan manusia semakin jauh dengan ketakwaan

Tetapi hari ini kita lihat, kekuatan orang Islam digunakan oleh orang barat untuk melemahkan kita. Mereka mengeksploitasikan kekuatan jihad dengan mewujudkan pelbagai kerosakan dan huru-hara seperti yang dilakukan oleh ISIS atau yang senada dengannya.

Itu semua agenda dari mereka untuk merosakkan umat Islam. Selebihnya orang Islam takut untuk berjihad dan yang ada pula kebanyakannya mempunyai penyakit ‘wahan’ itu cintakan dunia dan takut mati seperti yang disebut oleh Baginda s.a.w.

Islam bangkit bila…

Bila Islam akan bangkit kembali? Mohd Khafidz menjelaskan saat itu akan tiba tidak lama lagi. Bilakah masa yang tepat, semua itu dalam rahsia Allah. Akan tetapi kebenaran pasti akan muncul dan saat itu umat Islam akan dipimpin oleh Imam Mahdi dan nabi Islam akan kembali berpaut satu sama lain bagi memerangi orang kafir.

Kemunculan imam Mahdi disusuli dengan turunnya nabi Isa a.s. akan berlaku dipenghujung fasa masa keempat ini.

Apa yang perlu lakukan sekarang, nasihat Mohd Khafidz agar kita teruskan mendalami ilmu agama dan berterusan melakukan kebaikan, amal kebajikan di dunia ini. Jangan sesekali ada perasaan takut pada manusia dan cintakan dunia, tetapi tetapkan dalam hati hidup dan mati ini hanya untuk Ilahi. Semoga segala yang kita lakukan itu mampu menjadi tapak yang kukuh untuk imam Mahdi turun memimpin kelak.

Semoga tergolong dalam golongan yang seperti Allah berfirman,

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali Imran :139)

________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare