Tangkap layar rakaman warga asing merusuh di hadapan sebuah kilang.

SEORANG lelaki cedera belakang badan akibat ditikam dalam satu kejadian rusuhan bersenjata antara warga Pakistan dan Indonesia.

Kejadian berlaku di hadapan sebuah kilang elektronik dekat Kawasan Perindustrian Senai Fasa 3, Senai, pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki tempatan pada pukul 8.30 pagi.

Beliau berkata, pengadu telah sampai ke lokasi kejadian dan mendapati pergaduhan telah berhenti dan suspek terlibat telah melarikan diri.

Bertindak atas maklumat, 11 suspek lelaki warga asing ditahan dalam satu serbuan di kawasan Senai pada pukul 12.05 pagi sehingga 2 pagi, Jumaat lalu.

“Kesemua suspek berusia 22 hingga 33 tahun ditahan untuk siasatan lanjut dan punca pergaduhan dipercayai kerana perselisihan faham,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Polis buru dua kumpulan lelaki bersenjata merusuh di Kuala Ibai

Jelasnya, polis turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa berusia 27 tahun kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu.

“Semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Sehubungan itu, Mahkamah Majistret Kulai telah meluluskan reman selama tujuh hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Beng Yeow berkata, saksi kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektro Nik Mohamad Nazirul Azri di talian 017-7078577 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram