Hanya terlambat selesaikan tempahan sejadah, Azza Elite dimaki Azwan Ali. Memang tak patut betul!

Dari Penulis

BAHARU sahaja diuji dengan pemergian bapa tercinta, penyanyi dan pelakon Azza Elite sekali lagi diduga apabila pengacara sensasi Azwan Ali telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Semuanya gara-gara Azza dikatakan terlewat menyelesaikan tempahan sejadah yang sudah seminggu Azwan membuat pesanan.

Namun, apa yang dikesalkan ialah, Azwan seolah-olah tidak memahami dan menghormati sensitiviti Azza yang baharu sahaja kematian insan tercinta.

“Sampai hati dia tulis macam ni. Bapa saya meninggal dunia semalam (kelmarin), faham tak. Jangan sesuka hati maki.

“Sebab dah terbiasa mulut tu maki orang jadi makanan kau! Niat tu baik nak beli sejadah, aku bersyukur tapi dalam masa yang sama fikir juga keadaan orang lain.

“Saya baharu kehilangan ayah tahu. Jangan buat anak yatim macam ni abang! Dan jangan lupa kematian tu sangat dekat dengan kita. Ingat Allah ya bang sebelum nak cakap apa-apa.

“Abang niat nak beli sejadah tu bagus sangat tapi cara tu macam tak manis sangat. Bagus abang jaga hubungan dengan Allah tapi allah juga suruh kita jaga hubungan sesama hamba,” luahnya di Instagram.

Dalam pada itu, Azza menjelaskan rutinnya yang sibuk menguruskan kedua orang tuanya membuatkan dirinya terpaksa meletakkan urusan perniagaan di tangga kedua.

“Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa. Balik dari Singapura pun beberapa hari terus sibuk nak fikir urusan mak saya…dengan bapa saya sakit.

“Tak boleh nak fikir orang nak beli sejadah ke apa ke…saya fikir ayah dan mak saya sahaja. Keadaan ibu bapa saya. Dalam dunia ini biar kita dahulukan mak dan ayah kita ya bang,” katanya.

Sebelum ini, Azwan menerusi akaun Instagram miliknya meluahkan rasa kurang senang dengan perkhidmatan pihak Azza kerana sudah membuat tempahan seminggu lalu.

“Dah seminggu aku tunggu sejadah kau. Kau sibuk jahit sejadah ke?

“Inilah masalah bisnes orang Melayu! Duit aku berkepuk-kepuk…aku mampu bayar! Tak hadap percuma pun daripada kau!,” tulisnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This