Datuk Zuraida Kamaruddin mengadakan sidang media di Grand Barakah Hotel, Ampang, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

PARTI Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan telah pun menghantar permohonan rasmi untuk menjadi salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN).

Perkara itu diumumkan bakal Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin seperti dilaporkan Astro Awani.

Menurut Zuraida, permohonan itu telah pun dihantar kepada BN kira-kira tiga minggu lalu.

Bagaimanapun, Zuraida memaklumkan, BN masih belum memberi kata putus mengenai permohonan dikemukakan PBM itu.

“PBM telah membuat permohonan kepada BN, dalam tiga minggu lalu untuk menjadi sebahagian daripada komponen gabungan itu.

“Kita masih lagi menunggu jawapan,” katanya.

Sebelum ini, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi memaklumkan PBM berhasrat untuk menyertai BN sebagai salah satu parti komponen gabungan itu.

Baca artikel berkaitan: PBM sebahagian Keluarga Malaysia, umum lantik Zuraida sebagai Presiden

Awal Jun lalu, Ahli Parlimen Ampang itu diumumkan telah diterima sebagai anggota PBM dan terus diangkat sebagai bakal presiden parti tersebut.

Presiden PBM, Larry Sng berkata, Biro Politik dan Majls Tertinggi parti memutuskan untuk meluluskan permohonan kemasukan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu ke dalam PBM, yang diterima pada 26 Mei lepas.

Katanya, Zuraida juga dinobatkan sebagai bakal presiden parti sebagaimana yang diinginkan oleh akar umbi.

Malah kata Larry, Zuraida juga akan menerajui parti dalam menentukan hala tuju politiknya.

PBM juga dilaporkan merupakan parti yang menyokong kerajaan Keluarga Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram