Sedapnya roti bakar tuna berkeju ini. Sesuai dibuat untuk sarapan atau minum petang. Resipi ini tidak menggunakan banyak bahan dan mudah disediakan dengan menggunakan air fryer. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
4 keping roti
1 tin tuna
200gm parutan keju cheddar
200gm parutan keju mozarela
Sedikit emping pasli

CARA PENYEDIAAN:
1.Sapukan tuna di atas roti dan taburkan keju cheddar dan mozarella di atas.
2.Kemudian taburkan sedikit emping pasli.
3.Masukkan dalam air fryer dan bakar selama 4 minit pada suhu 190°C

@majalahsaji Sesuai disajikan waktu sarapan atau minum petang #tunamelts #tunameltsandwich #resipimudah #fyp #foryou ♬ love nwantinti (ah ah ah) – CKay

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram