GARA-gara berang rambut kena gunting, seorang murid berusia 15 tahun bertindak memukul guru disiplin guna penyapu pada 12.30 tengah hari semalam.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah dekat Bukit Sentosa, Rawang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita Melayu berusia 52 tahun pada pukul 3.14 petang.

Beliau berkata, mangsa sedang membuat rondaan sebelum menerima laporan daripada seorang guru memaklumkan terdapat seorang murid berambut panjang.

“Mangsa telah bertindak menggunting rambut suspek sebelum suspek marah dan mengugut mahu membunuh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek terbabit kemudian memukul mangsa menggunakan batang penyapu sehingga menyebabkan mangsa mengalami cedera pada mata kiri.

Baca artikel berkaitan : Polis siasat guru pulas telinga kanak-kanak autisme hingga lebam

Bertindak atas maklumat, suspek telah ditahan di rumah kediamannya.

“Semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing adalah negatif,” ujarnya.

Katanya, suspek ditahan reman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram