POLIS kini mengesan seorang lelaki yang membuat hantaran mendakwa telah ditahan tiga anggota polis peronda di kawasan pusat beli-belah dekat Kuala Lumpur, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi sebuah hantaran bertulisan Cina di laman sosial, semalam.

Menurut hantaran, anggota polis terbabit telah membuat semakan terhadap telefon bimbit lelaki berkenaan sebelum menjumpai satu aplikasi membeli nombor ekor iaitu MKT.

“Individu berkenaan telah memenangi RM4,300 sebelum anggota polis terbabit didakwa telah meminta wang sebanyak RM100 setiap seorang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, selepas polis berkenaan beredar, lelaki terbabit tidak berpuas hati lalu memuat naik kejadian di laman sosial.

Baca artikel berkaitan : Polis minta ‘duit raya’ akan diambil tindakan tegas – Ayob Khan

Mengulas lanjut, pihak polis tidak menjalankan pemeriksaan terhadap telefon bimbit di jalanan kecuali untuk tujuan siasatan.

Sehubungan itu, Amihizam menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada serta segera melaporkan kegiatan penyalahgunaan kuasa oleh anggota polis ke balai polis berdekatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram