Tangkap layar klip video memaparkan aksi suspek menggilis teman wanitanya berulang kali sehingga maut.

SEORANG lelaki bertindak kejam apabila melanggar teman wanitanya berulang kali sehingga mati dalam satu kejadian di Tangshan, Hebei di utara China, pukul 11.53 pagi kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Wang sebelum itu rebah dipukul teman lelakinya yang kemudian dibantu beberapa orang awam.

Mangsa diheret menjauhi lokasi kejadian oleh dua orang lelaki.

Bagaimanapun, suspek yang dikenali sebagai Zhang telah menghidupkan enjin lalu memandu kenderaan utiliti sukan berwarna putih melanggar mangsa beberapa pusingan.

“Wang dibawa ke hospital tempatan dan disahkan meninggal dunia,” memetik laporan South China Morning Post.

Difahamkan, suspek telah bertindak melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis pada pukul 3 petang hari kejadian.

Baca artikel berkaitan : Angkara cemburu, penganggur bunuh dan tanam mayat teman wanita

Menurut polis, kejadian mungkin berpunca daripada salah faham antara mangsa dan suspek.

Polis kini masih menyiasat punca sebenar kejadian itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram