akidah tauhid tergadai
Sekadar gambar hiasan

Satu perkara yang sering dilaungkan oleh golongan Islam liberal adalah kesamarataan agama di mana anggapan mereka semua agama adalah sama termasuk juga agama Islam dan penganut mana-mana agama boleh sahaja menyambut perayaan agama lain seperti mana sambutan Bon Odori yang menjadi acara tahunan bagi kebudayaan Jepun baru-baru ini.  

Hal ini sebenarnya amat bertentangan dengan dalil-dalil yang jelas dalam al-Quran al-Karim. Firman Allah Taala dalam surah al-Kafirun,

Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu dan untukku agamaku.”

Justeru kemuncak kebebasan adalah setiap penganut agama itu beramal dengan agama masing-masing dan bukannya mencampur-adukkan amalan pelbagai agama dalam praktikal keagamaan mereka. Jika agama selain Islam membenarkan penganutnya untuk menyambut perayaan agama lain sekalipun, ini tidak terpakai kepada agama Islam. Inilah pokok dasarnya bahawa setiap agama tidak boleh disamaratakan.

Mungkin bagi agama lain membenarkan penganutnya melakukan atau meraikan perayaan serta amalan tertentu agama lain namun tidak bagi umat Islam kerana ia secara tidak langsung akan bersangkut paut dengan akidah tauhid.

Bahkan kita dapati dalil-dalil dalam al-Quran dan al-Sunnah secara jelas melarang umatnya untuk mengikuti ajaran agama-agama lain. Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah: 120 jelas memberi amaran bahawa,

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kehendak hawa nafsu mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

Al-Imam Ibnu Kathir rahimahullah mentafsirkan ayat ini dengan berkata: “Ayat ini mengandungi larangan keras terhadap mengikuti kehendak hawa nafsu Yahudi dan Nasrani serta terhadap menyerupai mereka dalam urusan agama mereka yang khusus.”

Akhir kalam, setelah meninjau perbezaan di antara aliran Islam Liberal dan pendirian Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah, diharapkan para pembaca yang budiman dapat meneliti dan cuba sedaya upaya memahami maklumat yang ada agar dapat sampai ke destinasi murni; iaitu berpegang teguh dengan al-Quran, Kitab Allah Taala dan sunnah Nabi s.a.w. menurut kefahaman generasi terawal yang cemerlang iaitu para sahabat, tabi‘in dan tabi‘ al-Tabi‘in.

Apa yang penting jangankan kerana meraikan toleransi dan semangat perpaduan antara berbilang bangsa dan agama di negara ini menyebabkan kita tergadai akidah tauhid kepada Allah. Ingatlah bahawa tiga perkara yang boleh menyebabkan terbatalnya syahadah adalah dengan melalui niat, percakapan atau perbuatan. Wallahu a’lam.

_____________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare