Jangan terpedaya, waspada SMS daripada ‘GOV’ – MCMC

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak terpedaya sekiranya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ID penghantar ‘GOV’.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, SMS tersebut menggunakan nama organisasi MySejahtera yang memberitahu pengguna bahawa bantuan khas kewangan telah dikreditkan ke akaun Touch ‘N Go e-dompet mereka.

Menurut MCMC, pihaknya mendapati terdapat penyalahgunaan ID penghantar ‘GOV’ di mana pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasikan ID penghantar itu untuk tujuan penipuan.

“Untuk makluman, hebahan SMS melalui ID penghantar ‘GOV’ dikhususkan bagi membuat pesanan khidmat awam (PKA) berkenaan inisiatif-inisiatif oleh kementerian dan agensi kerajaan terlibat.

“Peringatan ini dikeluarkan sejajar dengan penafian oleh MySejahtera berkenaan SMS palsu berkaitan pemberian bantuan kewangan kepada orang ramai.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menggesa orang ramai supaya berwaspada dengan taktik serta modus operandi penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Empat perkara sahkan anda berhadapan jenayah scam, apa pula peranan MCMC ?

Mengulas lanjut, MCMC memaklumkan telah mengambil tindakan sekatan ke atas akses pautan palsu tersebut.

Katanya, individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati dan menyemak sebarang kandungan SMS yang disyaki palsu dengan cara menghubungi organisasi terlibat.

“Ini adalah bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa kepada aktiviti berunsur penipuan,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This