KEJAYAAN atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin yang menepati ramalan meraih pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022, malam tadi amat membanggakan negara.

Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam catatan di akaun media sosialnya.

Perdana Menteri turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Bonnie Bunyau yang juga pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo, tahun lalu.

“Syabas dan tahniah ‘Super Bonnie’ sumbang emas keempat Malaysia.

“Atlet powerlifting kebanggaan negara, Bonnie Bunyau Gustin membanggakan negara setelah memenangi pingat emas setelah melakukan angkatan seberat 210kg bagi kategori Lelaki Lightweight akhir semasa Sukan Komanwel 2022,” katanya.

Baca artikel berkaitan: PM ucap tahniah skuad badminton rampas semula emas

Atlet berusia 23 tahun itu tidak menghadapi masalah menyumbangkan pingat emas keempat kepada kontinjen negara meninggalkan atlet tuan rumah, Mark Swan yang memperoleh perak dengan angkatan 202kg manakala gangsa dimenangi Nnamdi Innocent dari Nigeria dengan angkatan 190kg.

Pencapaian itu juga mengubati kekecewaannya pada penampilan sulung pada temasya sama di Gold Coast, Australia empat tahun lalu selepas menduduki tangga keempat.

Atlet berasal dari Sarawak itu yang juga juara dunia dua kali pada 2019 di Nur Sultan, Kazakhstan dan Georgia pada 2021 merupakan pemegang rekod dunia kategori tersebut dengan angkatan 230kg.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram