Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi kurma ayam yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam
4 biji kentang – belah empat
2 biji tomato – cincang
2 sudu besar rempah kurma
250 ml santan
500 ml air
3 helai daun pandan
2 tangkai daun kari
200 ml minyak sapi
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 cm halia
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan manis

BAHAN TUMIS:
2 kuntum bunga lawang
4 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumiskan bahan kisar, bahan tumis, daun pandan dan daun kari sehingga naik bau.
2.Masukkan rempah kari dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan ayam, santan dan sedikit air.
3.Apabila sudah mendidih, masukkan pula ubi kentang dan tomato biarkan seketika.
4.Setelah kentang empuk, boleh angkat dan hidangkan.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram