Resipi udang kari cendawan hitam ini memang sedap. Tidak menggunakan banyak bahan, resipi ini mudah disediakan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
500 gm udang putih
200 gm santan pekat
50 gm serbuk kari ikan
50 gm cendawan hitam
10 gm herba campur
10 gm serai – kisar
10 gm lengkuas – kisar
5 gm cili padi – kisar
2 gm daun limau purut
20 gm bawang merah – kisar
10 gm daun kari

CARA MENYEDIAKAN:
1.Rebus cendawan hitam sehingga lembut.
2.Tumiskan bawang merah, serai, lengkuas, cili padi, daun kari dan herba campur sehingga naik bau.
3.Masukkan serba kari ikan dan sedikit air.
4.Masukkan santan dan masak sehingga sebati.
5.Setelah itu, masukkan udang. Setelah setengah masak masukkan pula cendawan hitam yang telah direbus tadi.
6.Masukkan daun limau purut dan gaul rata.
7.Setelah mendidih angkat dan hidangkan.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram