Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob GAMBAR: Abd Razak Aid

KERAJAAN dilaporkan bersedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya ada pihak bertindak menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri.

Memetik laporan BH Online, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya dalam apa juga keadaan.

Bagaimanapun, beliau difahamkan dakwaan penarikan sokongan itu hanyalah kenyataan beberapa individu, bukannya kenyataan rasmi parti.

“Kalau ada pihak yang menarik sokongan dan kerajaan tumbang, maka pilihan raya perlu diadakan selepas itu.

“Saya pun dengar macam tu saja, ada ahli parti itu yang menyatakan perkara itu tidak dibawa ke dalam mesyuarat parti pun.

“Dari segi tindakan kita tunggu dulu keputusan rasmi parti berkenaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, negara mengamalkan sistem demokrasi dan terpulang kepada sesiapa sahaja untuk membuat keputusan.

“Mana-mana parti pun boleh membuat keputusan sendiri.

Baca artikel berkaitan: PN jumpa PM esok, bincang pelaksanaan terma perjanjian

“Apa yang penting, (penarikan sokongan) kesannya kita terpaksa hadapi pilihan raya.

“Kalau semua bersedia, maka kita tiada pilihan untuk mengadakan pilihan raya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendedahkan Ismail Sabri membatalkan pertemuan dengan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin pada saat-saat akhir.

Pertemuan itu yang dijadual kelmarin, dimaklumkan berhubung perjanjian ditandatangani antara PN dan Naib Presiden UMNO itu sebelum beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Situasi tersebut menyebabkan timbul khabar angin mendakwa PN mungkin menarik sokongan kepada Perdana Menteri susulan konflik tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram