enam kelebihan puasa asyura

Kemuliaan Ramadan ada pada malam lailatul qadarnya, kemuliaan bulan Zulhijjah pada hari Arafahnya, manakala bulan Muharam pula kemuliaannya ada pada hari Asyuranya iaitu hari kesepuluh dalam bulan Muharam.

Perlu diketahui bahawa bulan Muharam merupakan bulan yang diharamkan dalam Islam untuk melakukan peperangan, kekasaran atau pembunuhan. Ia juga bermaksud bulan terlarang dalam kalangan orang Arab.

Terdapat banyak kelebihan atau fadilat pada 10 Muharam sebagaimana yang disebut dalam nas dan hadis yang sahih antaranya:

Pertama: Menurut Ibnu Abbas apabila ditanyakan tentang puasa Asyura, maka dia berkata,

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mengejar satu hari yang fadilatnya lebih berbanding hari-hari yang lain melainkan hari ini, iaitu hari Asyura” (HR Bukhari)  

Kedua: al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah berkata, “Ini menunjukkan bahawa puasa Asyura lebih afdal berbanding hari-hari lain untuk berpuasa selepas Ramadan. Zahir hadis Muslim pula menunjukkan bahawa puasa pada hari Arafah lebih afdal berbanding puasa pada hari Asyura. Dikatakan hikmahnya adalah kerana puasa hari Asyura dinisbahkan kepada Musa a.s. manakala puasa Arafah pula dinisbahkan kepada nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu puasa Arafah lebih afdal.” (Fath al-Bari)

Ketiga: Ibnu Abbas r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. tiba ke Madinah dan Baginda dapati golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Kata mereka, “Ini adalah hari yang mulia yang mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya pada hari ini. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran.” Kata Rasulullah s.a.w. “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding mereka. Maka Baginda pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut” (HR Bukhari)

Keempat: Sabda Baginda s.a.w. “Sebaik-baik puasa setelah Ramadan adalah puasa di bulan Allah, bulan Muharam” (HR Muslim)

Kelima: Imam as-Suyuti dalam syarah as-Suyuti ala sahih muslim mengatakan, keutamaan puasa pada bulan Muharam setiap tahun amat digalakkan kerana puasa ialah sebaik-baik amalan seperti mana sebaik-baik solat fardu, solat malam.

Keenam: Dari Abu Qatadah, “Seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w. tentang puasa Asyura maka Baginda menjawab, “Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampuni dosa setahun yang berlalu” (HR Muslim)

_____________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare