Tangkap layar hantaran yang dibuat oleh akaun palsu dengan nama Boss James yang menjanjikan hadiah berupa motosikal dan televisyen.

PEMPENGARUH media sosial terkenal, Boss James menjadi mangsa terbaharu penipuan scammer yang menawarkan motosikal dan televisyen secara percuma.

Menerusi sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Boss James, pihak terbabit menjanjikan pemberian motosikal berjenama Yamaha MX King 150 dan televisyen Samsung UHD AU7000 kepada orang ramai secara percuma.

Pemberian terbabit hanya memerlukan orang ramai menulis perkataan ‘YAMAHA’, ‘RUNNING’, ‘SAMSUNG’ di ruangan komen dan pemenang akan dipilih secara rawak.

Malah dapat dilihat ramai pengguna media sosial yang terpedaya dengan hantaran tersebut sehingga mengikut arahan yang diberikan oleh akaun palsu terbabit.

Sehingga kini, sebanyak 50,401 pengguna media sosial telah mengikuti akaun palsu tersebut.

Susulan itu, Boss James dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi menafikan memiliki sebuah lagi akaun media sosial yang menjanjikan pemberian hadiah sebegitu.

“Hi gais ! Abang hensem ni baiknya memang 1 dalam seribu !

“Sama jugak dalam socmed ! Akaun pun 1 saja ya. Belakangan ni banyak sangat yg cuba meniru, menipu dan menganiaya !

“Minta jasa baik semua ya , tolong komen , #sapotbj49 #bossjames dan share gambar ni , supaya orang tahu mana 1 Boss James yang betul,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Tangkap layar hantaran akaun rasmi Boss James dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan yang membuat hebahan tentang akaun palsu terbabit.

Sementara tu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan dalam kenyataan turut membuat hebahan akaun palsu tersebut.

“Anda kenal siapa Boss James? Ya, individu media sosial yang mempromosikan kandungan video mengandungi nilai-nilai murni untuk kebaikan bersama.

“Jangan mudah terpedaya dengan hebahan yang dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan dari kelalaian anda,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan : Empat perkara sahkan anda berhadapan jenayah scam, apa pula peranan MCMC ?

Malah, syarikat Berjaya Mega Motor Enterprise dalam hantaran juga mengingatkan orang ramai untuk tidak terpedaya akan akaun palsu yang menyamar sebagai syarikatnya.

“Kami ingin memaklumkan kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang transaksi yang berkaitan dengan pelanggan yang melakukan bayaran deposit kepada sebarang akaun peribadi ataupun “Orang yang tidak dikenali” jika berlaku perkara yang tidak diingini,” ujar kenyataan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram