SERAMAI enam orang pondan ditahan selepas disyaki menjalankan aktiviti maksiat dan tidak bermoral di sekitar kawasan Pandan Indah, Ampang pada 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, operasi melibatkan pasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ampang Jaya, Jabatan Agama Islam Selangor, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Pejabat Kesihatan Dearah Hulu Langat.

Beliau berkata, seramai lima individu beragama Islam telah ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 30 Enakmen 9, Tahun 1995, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Bahagian IV Kesalahan Berhubungan Dengan Kesusilaan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor.

Manakala seorang lagi individu bukan beragama Islam disiasat oleh pihak polis dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Saringan ujian air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dan disiasat dibawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Tular pondan menari separuh bogel, Instafamous ditangkap polis

Jelasnya, bahagian dinding bilik yang dijadikan bilik sewa tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya dibawah Seksyen 79(3) Akta Parit & Bangunan 1974 Akta 133.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram