TINDAKAN seorang lelaki membuka tingkap kereta sambil menunjukkan pasport Malaysia sebagai “kuasa besar” untuk memotong barisan mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.
Kejadian itu berlaku ketika jalan sesak hampir empat jam semasa kenderaan berbaris bagi menuju ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Linkedua, Gelang Patah.
Menerusi hantaran Joanna Loh di Facebook, kejadian berlaku ketika dia dan kakaknya sedang memandu ke arah Malaysia.
Jelasnya, secara tiba-tiba seorang pemandu kereta Honda dengan nombor pendaftaran Malaysia telah datang dari arah kiri dan bertindak memotong barisan.
Kejadian terbabit dipercayai berlaku pada pukul 12.38 tengah hari berdasarkan rakaman yang tertera di kamera papan pemuka.
Apabila Joanna memandu ke hadapan, pemandu Honda tersebut bertindak mengeluarkan kepalanya dari tingkap kereta lalu melambai-lambai pasport Malaysia miliknya.
Baca artikel berkaitan : Tunjuk isyarat lucah, lakukan khianat, dua suspek gaduh di Linkedua diburu
Susulan kejadian itu, Joanna turut bertindak balas dengan menunjukkan pasport Malaysia yang dimilikinya.
Dalam klip video tersebut juga memaparkan pemandu Honda terbabit telah keluar dari kereta dan menunjukkan ke arah nombor pendaftaran serta memegang telefonnya.
Memetik laporan Mothership.com, Joanna menggunakan kenderaan berpendaftaran Singapura.
Sehingga kini, hantaran mengenai kejadian tersebut telah menerima sebanyak 2,100 tanda suka dan lebih 3,000 perkongsian semula.
Tinjauan UtusanTV di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut ‘panas hati’ melihat situasi tersebut.
“Tak lama lagi masuk dalam penjara. Biarkan dia beritahu polis bagaimana cara sebenar guna pasport Malaysia,” tulis Yennie Teoh.
“Jadi, begini rupanya pasport Malaysia digunakan,” kata Bebi Yuki.
“Siapa kata pasport Singapura yang paling bagus? Malaysia lagi hebat dan boleh disokong di mana-mana sahaja,” kata Js SueAnn.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

