ayam buttermilk

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi ayam mentega susu yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:
2 ketul dada ayam – potong kecil
1 biji telur – ambil putih telur sahaja
4 sudu besar tepung beras
4 sudu besar mentega
½ labu bawang holland
5 ulas bawang putih – cincang halus
1 tangkai daun kari
1 tin susu sejat
Sedikit serbuk perasa
Minyak secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:
1.Celup ayam dalam dalam putih telur dan kemudian salut dengan tepung.
2.Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Ketepikan.
3.Masukkan mentega di dalam kuali. Selepas mentega cair, tumis bawang putih, bawang Holland dan daun kari sehingga naik bau.
3.Selepas itu, masukkan susu sejat dan biarkan mereneh. Masukkan serbuk perasa secukup rasa.
4.Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacaukan sehingga kuah sebati dengan ayam. Angkat dan hidangkan.

@majalahsaji Mudah dan enak #ayambuttermilk #myfoodie #makanlokal #resipimudah ♬ River Flows in You – Yiruma

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram