Calon TPM: Azmin elak ulas, pilih beri jawapan umum

Dari Penulis

MENTERI Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bukan orang baru dalam politik, kurang lebih sudah tiga dekad.

Justeru beliau sangat kenal dunia politik yang cukup licin khususnya apabila memberi ulasan berkenaan jawatan.

Sebab itu hari ini, apabila diminta media supaya memberi respons mengenai pencalonan namanya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Perikatan Nasional (PN), Azmin memilih untuk mengelak.

‘Seni merewang’ ketika berhadapan soalan seperti itu meski kurang digemari media, mungkin pilihan terbaik buat beliau setidak-tidanya ketika ini.

Ini bagi mengelak dilihat ghairah kepada jawatan Timbalan Perdana Menteri atau pun ditafisrkan tidak berminat – sesuatu yang boleh dikatakan mustahil bagi orang politik.

Sebaliknya ketika diajukan soalan berkaitan Timbalan Perdana Menteri pada sidang media di Serdang hari ini, Azmin berkata, fokus beliau dan rakan-rakan dalam Bersatu hanya untuk memulihkan semula ekonomi dan menangani COVID-19.

“Saya nak tegaskan sekali lagi kerajaan hari ini memberi fokus dan komited untuk dua perkara penting… pertama kita komited untuk memulihkan dan mencerdaskan ekonomi negara, itu komitmen kita.

Baca: Perjanjian jawatan TPM, Abdul Hadi perlu rujuk Takiyuddin

PN jumpa PM esok, bincang pelaksanaan terma perjanjian

“Kedua, kita mahu menangani menguruskan COVID-19 lebih efektif, dasar kita ambil dua tahun lalu melihat satu pertumbuhan positif dari segi ekonomi, pelaburan dan perdagangan, malah kes baharu (COVID-19) pun sudah terkawal Alhamdulilah,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Azmin berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Strategik anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan diantara 22 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat ejen pemasaran antarabangsa di Taman Ekspo Pertanian malaysia (MAEPS) Serdang sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022, hari ini.

Turut menyaksikan majlis itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This