NAMA penyanyi Elyana kembali menjadi sorotan apabila dia memuat naik gambar tidak bertudung di akaun Instagram miliknya, semalam.

Tindakannya itu banyak menimbulkan persoalan daripada peminat yang sebelum ini penyanyi Kalis Pilu itu sudah pun berhijab.

Dalam foto tersebut, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal,35, yang memakai sweater tertera tulisan ‘Jadi Diriku’ itu telah bertindak menutup ruangan komen.

Peminat keliru apabila sebelum ini Elyana yang disahkan sembuh daripada kanser limfoma tiba-tiba kembali mendedahkan aurat. Ia berbeza ketika dia sedang sakit dan sewaktu menjalani rawatan kimoterapi serta radioterapi.

Menerusi pemerhatian URTV di perkongsian foto yang lain, rata-rata pengikutnya berdoa agar Elyana diberikan ketabahan dan kekuatan hati untuk terus istiqamah menutup aurat.

Terdahulu, Elyana menyelar individu yang menegur auratnya selain turut mengaitkan kisah penyakit kanser yang dihidapinya sebagai bahan untuk meraih simpati orang ramai.

Bengang dengan tuduhan tidak berasas itu, Elyana ‘mencabar’ individu terbabit untuk bersemuka dengannya.

Disember tahun lalu, Elyana berkongsi khabar gembira apabila disahkan bebas daripada kanser limfoma yang dihidapinya sejak 12 tahun lalu.

juga bertindak menutup ruangan komen.